Universiti Sains Malaysia Library 

TBLANGKAWI2023 KUKUHKAN HUBUNGAN SILATURAHIM, MANTAPKAN SEMANGAT BEKERJA BERPASUKAN STAF PERPUSTAKAAN USM

1

PULAU PINANG, 27 September 2023 – Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu program semangat bekerja berpasukan atau “team building” (TBLANGKAWI2023) yang bertemakan kepada “back to the nature” baru-baru ini.

2


TBLANGKAWI2023 telah berlangsung selama 3 hari bermula 22 - 24 September 2023 di Hotel Adya Express Chenang dan Crocodile Advantureland, Pulau Langkawi melibatkan 118 warga Perpustakaan USM dari Kampus Induk, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.
Program tersebut bertujuan untuk menghapuskan kekangan komunikasi, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan keserakanan antara staf, serta memantapkan kerjasama yang erat dan membentuk kesabaran yang tinggi dalam mendepani situasi dalam dunia akademik terkini yang mencabar.

3

Ketua Pustakawan, Arinawati Ayob berkata, beliau amat bersyukur akhirnya program “team building” Perpustakaan USM yang mengumpulkan seluruh warga Perpustakaan USM di bawah satu bumbung ini berjaya direalisasikan, selepas kali terakhir penganjurannya adalah lebih 15 tahun yang lalu.

“Saya berharap program ini membuka ruang kepada semua staf Perpustakaan dari kampus berbeza untuk berkenal-kenalan, mengeratkan silaturrahim di samping membentuk budaya kerja berpasukan yang mantap.”

4

“Setiap staf mempunyai fungsi, peranan dan kepakaran berbeza. Kerjasama erat, kepercayaan sesame kita serta rasa seronok bekerja sangat diperlukan bagi memastikan visi dan misi Perpustakaan dapat dicapai,” katanya lagi.

TBLANGKAWI2023 telah diisi dengan aktiviti yang menguji ketahanan, minda, mental dan fizikal yang tinggi bagi melatih semua untuk bersatu hati, berfikir di luar kotak, tidak berputus asa serta membentuk kakitangan Perpustakaan USM yang lebih menghargai nilai kerjasama dan memahami peranan dimainkan oleh setiap ahlinya.

Teks: Asma Wati Ibrahim/Foto: Pasukan Produksi Perpustakaan USM

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics