Universiti Sains Malaysia Library 

PERPUSTAKAAN USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PERSATUAN PUSTAKAWAN BRUNEI DARUSSALAM

1

USM PULAU PINANG, 18 Oktober 2023 - Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Persatuan Pustakawan Brunei Darussalam (BLA) yang diketuai oleh Presidennya, Nellie Dato Paduka Haji Sunny.

Kehadiran delegasi BLA seramai 15 orang disambut oleh Penolong Ketua Pustakawan, Shahriza Fadli Misaridin, mewakili Ketua Pustakawan Perpustakaan USM yang tidak dapat turut serta dalam sesi tersebut.

2

Shahriza dalam ucapan alu-aluannya merakamkan terima kasih atas kunjungan delegasi BLA tersebut dan berharap pertemuan ini akan mengeratkan hubungan antara Perpustakaan USM dan BLA. Delegasi BLA telah diberikan penerangan ringkas berkaitan pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan serta dibawa meninjau fasiliti yang ditawarkan di sekitar Perpustakaan USM.

3

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi meningkatkan kepakaran dan kompetensi pustakawan akademik.

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics