Universiti Sains Malaysia Library 

PERPUSTAKAAN USM BANTU TAMBAH BAIK PUSAT SUMBER SEKOLAH ANAK-ANAK ORANG ASLI

15

GERIK, 25 Ogos 2023: Seramai 16 orang sukarelawan (USM) terdiri daripada staf Perpustakaan Induk dan Kejuruteraan telah turun padang untuk menggembleng tenaga bagi menaik taraf fasiliti pusat sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Gerik yang anak murid terdiri dalam kalangan Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Tiang, Gerik, baru-baru ini.

2


Usaha tersebut dijalankan melalui program pemindahan ilmu dan khidmat masyarakat Perpustakaan USM yang bertujuan untuk menyumbang kepada pemerkasaan kesejahteraan sosial masyarakat dan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

3


Sejak tahun 2010, Perpustakaan USM telah membantu menambah baik lebih daripada 13 pusat sumber sekolah dan perpustakaan komuniti termasuk dua sekolah anak-anak Orang Asli.

6


Aktiviti yang dijalankan adalah transformasi ruang dalaman dan luaran pusat sumber, pengurusan koleksi, sumbangan bahan bacaan serta pembangunan system pusat sumber sekolah.


Teks: Asma Wati Ibrahim ; Foto: Pasukan Produksi Perpustakaan USM

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics