Universiti Sains Malaysia Library 

PERPUSTAAN USM TERIMA LAWATAN DARI INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER, SURABAYA

355225505 667504758754584 7089493218866194945 n

USM PULAU PINANG, 21 Jun 2023 - Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin menerima lawatan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya.

Delegasi terdiri daripada empat orang staf pengurusan dan pentadbiran ITS hadir di USM bagi mengikuti Program International Staff Mobility. Delegasi ITS telah disambut Pustakawan Kanan, Pengurusan Korporat dan Penjanaan Kewangan, Perpustakaan USM, Asma Wati Ibrahim.

355474564 667504858754574 369205929756355156 n


Dalam sesi tersebut, Asma Wati membentangkan perihal pentadbiran, perkhidmatan dan inisiatif terkini yang ditawarkan Perpustakaan USM.
Delegasi turut dibawa meninjau koleksi dan kemudahan yang disediakan di bangunan Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Arkib USM dan kawasan Bilik 24 Jam.


355615547 667504928754567 7256597556011930865 n
Turut hadir dalam lawatan ialah Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Mohd Rashid Abdul Rejab serta staf Pengurusan Korporat dan Penjanaan Kewangan, Perpustakaan USM.

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics