Universiti Sains Malaysia Library 

Lawatan dan Mesyuarat Kerjasama Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dan National University of Singapore (NUS)

5

15 Ogos 2023 (Selasa) | 9.30 pagi | Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Hamzah Sendut 1


Satu mesyuarat di antara Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dan National University of Singapore (NUS) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 (Selasa) di Perpustakaan Hamzah Sendut 1.


Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Nor Azan Ibrahim, Penolong Ketua Pustakawan/Ketua Arkib USM yang telah mewakili Ketua Pustakawan, Perpustakaan USM. Mesyuarat ini membincangkan kerjasama di antara National University of Singapore (NUS) dan Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dalam perkongsian sumber/bahan koleksi khas yang berkaitan dengan Malaysia, Singapura dan Asia Tenggara.


Delegasi dari National University of Singapore (NUS) yang diketuai oleh Mrs Lee Cheng Ean juga di bawa melawat ke Arkib USM bagi melihat koleksi-koleksi yang ada di sini.

4

Mesyuarat dan lawatan telah dihadiri oleh:


Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
1. Puan Arinawati Ayob, Ketua Pustakawan
2. Encik Nor Azan Ibrahim, Ketua Arkib USM
3. Puan Fujica Azura Fesal, Pustakawan Kanan, Arkib USM
4. Puan Noor Azlinda Wan Jan, Pustakawan Kanan, Arkib USM


National University of Singapore (NUS)
1. Mrs Lee Cheng Ean, NUS Libraries
2. Ms Poonam Lalwani, NUS Libraries
3. Ms Kathy Poh, Natural History Museum
4. Ms Katherine Enright, Yale-NUS College
5. Mr Yusri Rosli, Yale-NUS College


Turut hadir bersama adalah Mantan Ketua Pustakawan Perpustakaan USM, Puan Rashidah Begum Fazal Mohamed.
Kerjasama ini diharapkan akan dapat menambahkan sumber maklumat yang boleh diakses dan dirujuk oleh para penyelidik USM dan NUS.

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics