Universiti Sains Malaysia Library 

JEJAK SEJARAH KELUARGA MELALUI KOLEKSI GERALD HAWKINS @ ARKIB USM

1

Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut pada hari ini sangat berbesar hati menerima lawatan daripada Ms. Christabel Cant, cicit kepada Gerald Hawkins untuk melihat koleksi datuk beliau yang berada di Arkib USM. Banyak penceritaan sejarah keluarga yang beliau perolehi melalui koleksi ini untuk diceritakan semula kepada keluarga di United Kingdom.

3


Koleksi Gerald Hawkins ialah satu koleksi persendirian yang telah dihadiahkan kepada Universiti Sains Malaysia oleh anak lelaki mendiang Gerald Hawkins. Koleksi ini mengandungi 3,500 buku, buku harian, risalah, fail peribadi, album-album berkenaan dengan pelbagai topik yang mempunyai nilai sejarah disamping novel-novel bercorak fiksyen. Oleh kerana penderma telah meminta agar koleksi ini diletakkan berasingan daripada koleksi Perpustakaan yang lain, maka ianya telah diletakkan di Bahagian Malaysiana dan Arkib (kini dikenali sebagai Arkib USM). Koleksi ini dihadiahkan kepada Universiti ini memandangkan adanya hubungan rapat beliau dengan Pulau Pinang.

4


Maklumat lanjut berkaitan Koleksi Gerald Hawkins boleh dirujuk di:
Koleksi Gerald Hawkins
Muka surat: 6 – 9
Tarikh: 8 September 2023 (Jumaat)

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics