OBJEKTIF KUALITI PERPUSTAKAAN
-
Memenuhi pertanyaan rujukan dan runding cara dalam tempoh 4 hari bekerja.
-
Mengambil tindakan terhadap aduan pengguna dalam tempoh 2 hari bekerja.
-
Memproses tempahan buku dalam tempoh 1 hari selepas buku dipulangkan.
-
Menyusun semula buku yang dikembalikan dalam tempoh 2 hari bekerja.
-
Memberi maklum balas status permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan dalam tempoh 2 hari bekerja.
-
Memenuhi pencarian maklumat rujukan bahan Malaysiana dan Arkib dalam tempoh 5 hari bekerja.
-
Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan peralatan komputer dalam tempoh 20 minit selepas aduan diterima.
-
Memproses buku dan bahan media yang diterima daripada pembekal dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Mengkatalog dan memproses bahan pembelian baharu dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh penerimaan dari pembekal.