Notice Regarding Universiti Sains Malaysia Library Service During Postponement of Admission of Students To Campus

MAKLUMAN BERKAITAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEPANJANG PENANGGUHAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengguna Perpustakaan.
 
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan mulai 9 November sehingga 6 Disember 2020 seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu:
 
1. Denda Lewat Pemulangan
 
Tiada denda lewat pemulangan yang akan dikenakan kepada pengguna sehingga 6 Disember 2020 (tertakluk kepada perubahan).  Semua pengguna diberi tempoh selama lima (5) hari selepas tarikh berkenaan untuk mengembalikan bahan yang dipinjam.  Selepas daripada tempoh ini denda akan dikenakan.
 
Walau bagaimanapun, pengguna Perpustakaan digalakkan untuk memulangkan semula buku Perpustakaan yang telah dipinjam.
 
2. Pembaharuan semula pinjaman bahan
 
Bahan-bahan yang hampir tamat waktu pinjaman boleh dipanjangkan tempoh pinjamannya.  Perpustakaan membenarkan pengguna membuat pembaharuan pinjaman secara dalam talian sebanyak tiga (3) kali dalam rekod pinjaman masing-masing dengan syarat tiada tempahan dibuat oleh pelanggan lain. Kebenaran membuat pembaharuan secara dalam talian sebanyak tiga (3) kali ini berkuatkuasa bermula pada 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 (bergantung kepada perubahan).
 
Sekian, terima kasih.
 
Sukmawati Muhamad
Ketua
Bahagian Capaian Maklumat
Perpustakaan Hamzah Sendut
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang   

--------------------------------------------------------------------------------------------------- 

 

NOTICE REGARDING UNIVERSITI SAINS MALAYSIA LIBRARY SERVICE DURING POSTPONEMENT OF ADMISSION OF STUDENTS TO CAMPUS


Assalamualaikum and peace to all Library users.
 
Following the implementation of the Conditional Movement Control Order (CMCO) throughout Peninsula Malaysia, except for the states of Perlis, Pahang and Kelantan, from 9 November to 6 December 2020 as announced by the Honourable Senior Minister (Security) on 7 November 2020, Universiti Sains Malaysia Library would like to inform all users as follows:
 
1. Late return fine
 
No penalty for late returns will be charged until 6 December 2020.  After the date, all users are given five (5) days to return the material that was borrowed.  After 6 December 2020, a penalty will be charged/re-activate.
 
However, USM Library encourages library users to return the borrowing book(s).
 
2. Renewal of loan materials
 
Library materials that soon to be expired can be renewed online.  The library will allow students to make online renewal for three (3) times in their respective borrowing record (but this will be subjected to no reservation/online booking is done by any other users in the system, if you are blocked from renewal, it shows that reservation is already applied to that book by some other user). But if the system allows you to proceed, this permission to renew online is for three (3) times and effective started from 9 November 2020 until 6 December 2020 (subject to change).
 
Thank you.

  

Sukmawati Muhamad

Head

Information Access Division

Library Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia 

11800 USM 

Pulau Pinang