MAKLUMAN BERKAITAN PERKHIDMATAN SIRKULASI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN SEHINGGA TARIKH USM MULA DIBUKA KEPADA STAF DAN PELAJAR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penggunaPerpustakaan.

Seperti yang telah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah dilanjutkan lagi. Di samping itu, Universiti Sains Malaysia telah menetapkan beberapa tarikh untuk staf dan pelajar kembali ke Kampus. Perpustakaan telah mewujudkan peraturan sementara dengan mengambilkira tarikh staf dan pelajar dibenarkan kembali ke Kampus dan juga faktor keselamatan dalam mengawal penyebaran virus COVID-19.

1. Denda Lewat Pemulangan

Tiada denda lewat pemulangan yang akan dikenakan bermula dari 18 Mac 2020 sehingga tarikh dibenarkan kembali ke USM. Semua penggunadiberi tempoh selama lima (5) hari (tidak termasuk Jumaat dan Sabtu/Sabtu dan Ahad) untuk mengembalikan buku-buku yang dipinjam bermula dari tarikh dibenarkan kembali ke USM. Selepas daripada tempoh ini denda akan dikenakan.  

2. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan dihentikan sepanjang tempoh PKP dan selepas tamat tempoh PKP sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

3. Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh

Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh dihentikan sepanjang tempoh PKP. Perkhidmatan ini akan beroperasi semula apabila tempoh PKP tamat kecuali perkhidmatan pinjaman melalui pos. Perkhidmatan pinjaman melalui pos ini dihentikan sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Siti Roudhah Mohamad Saad

Ketua

Bahagian Sirkulasi

Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

 

NOTICE FROM CIRCULATION DIVISION OF USM LIBRARY DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER AND UNTIL USM REOPENS FOR STAFFS AND STUDENTS.

 

Assalamualaikum dan greetings to all Library users.

The period of the Movement Control Order (MCO) which has started since 18 March 2020 has been further extended and University Sains Malaysia itself has set a number of dates for staffs’ and students’ gradual return to the campus. In line with the USM administration and for safety measure in curbing the spread of COVID-19, the library would like to introduce a number of temporary rules and regulations.

1. Late Return Fines

No late fines on library materials will be accrued starting from 18 March 2020 until the dates staffs and students are allowed to return to USM campus. All users are given five (5) days (excluding Friday and Saturday/Saturday and Sunday) to return all borrowed materials starting on the dates set by USM administration. Fines will be charged after the given period.

2. Inter Library Loan Services

InterLibrary Loan services will be temporarily unavailable during and after the the MCO until further notice.

3. Distance Learning Services

Distance Learning Services will be unavailable during the MCO and will resume after the MCO is lifted except for requests for loaning materials via post. Material loaning via post service remains unavailable until further notice.

We hope all USM community may remain calm, patient and continue to adhere to the Movement Control Order imposed by the Malaysian Government during this trying period in ensuring the safety and wellbeing of all of us.

Thank you.

 

Siti Roudhah Mohamad Saad

Ketua | Head

Bahagian Sirkulasi | Circulation Division

Perpustakaan Hamzah Sendut | Hamzah Sendut Library

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang