MAKLUMAN BERKAITAN PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BAGI SEMUA STAF/STAF AKADEMIK DAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SETELAH KEMBALI KE KAMPUS DALAM PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua Staf dan Pelajar Siswazah USM,

Memandangkan pada 15 Jun 2020 (Isnin) semua Staf/Staf Akademik dan Pelajar Siswazah telah kembali ke Kampus, Perpustakaan ingin membuat hebahan semula berkenaan Denda Lewat Pemulangan. Berikut adalah hebahan yang pernah dibuat sebelum ini berkaitan Denda Lewat Pemulangan:

 

1. Denda Lewat Pemulangan

Tiada denda lewat pemulangan yang akan dikenakan bermula dari 18 Mac 2020 sehingga tarikh dibenarkan kembali ke USM. Semua pengguna diberi tempoh selama lima (5) hari (tidak termasuk Jumaat dan Sabtu/Sabtu dan Ahad) untuk mengembalikan buku-buku yang dipinjam bermula dari tarikh dibenarkan kembali ke USM. Selepas daripada tempoh ini denda akan dikenakan.  

Berikut adalah tarikh akhir untuk memulangkan buku tanpa dikenakan denda mengikut Perpustakaan:

Perpustakaan Hamzah Sendut 1 : 19 Jun 2020 (Jumaat)
Perpustakaan Hamdan Tahir : 21 Jun 2020 (Ahad)
Perpustakaan Kejuruteraan : 19 Jun 2020 (Jumaat)
Perpustakaan IPPT : 19 Jun 2020 (Jumaat)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di sambungan 3799/2592/3701.

 

Sekian, terima kasih.

Siti Roudhah Mohamad Saad

Ketua

Bahagian Sirkulasi

Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia

Samb. 3705 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTIFICATION ON RETURNING OF BORROWED BOOKS FROM PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TO ALL STAFFS/ACADEMIC STAFFS AND POSTGRADUATE STUDENTS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UPON RETURNING TO THE CAMPUS POST MOVEMENT CONTROL ORDER.

Assalamualaikum and greetings to all Library users.

Attention to all USM Staffs and Postgraduate Students,

 

Due to the return of all Staffs/Academic Staffs and Postgraduate Students to USM Campus on 15 June 2020 (Monday), the Library would like to remind all of the Late Return Fines as follows:

1. Late Return Fines

No late return fines will be accrued starting from 18 March 2020 until the dates staffs and students are allowed to return to USM campus. All users are given five (5) days (excluding Friday and Saturday/Saturday and Sunday) to return all borrowed materials starting on the dates set by USM administration. Fines will be charged after the given period.

Following is the last date for book return without being charged with late return fines:

 

Perpustakaan Hamzah Sendut 1 : 19 June 2020 (Friday)
Perpustakaan Hamdan Tahir : 21 June 2020 (Sunday)
Perpustakaan Kejuruteraan : 19 June 2020 (Friday)
Perpustakaan IPPT : 19 June 2020 (Friday)

For any inquiry, please contact the extensions 3799/2592/3701.

Thank you.

 

Siti Roudhah Mohamad Saad

Head

Circulation Division

Hamzah Sendut Library

Universiti Sains Malaysia

Ext. 3705 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.