Makluman | Notice

MAKLUMAN BERKAITAN PERKHIDMATAN SIRKULASI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ATAU SEHINGGA TAMAT TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG DITETAPKAN PADA 14 APRIL 2020.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengguna
Perpustakaan.

Seperti yang telah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh negara telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 14hb April 2020.

Sehubungan dengan itu Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu:

1. Denda Lewat Pemulangan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020 (bergantung kepada perubahan) tiada denda lewat pemulangan akan dikenakan. Semua pengguna diberi tempoh selama lima (5) hari selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengembalikan bahan yang dipinjam (15 -21 April 2020). Selepas daripada tempoh ini denda akan dikenakan.

2. Pembaharuan semula pinjaman bahan.

Bahan-bahan yang hampir tamat waktu pinjaman boleh dipanjangkan tempoh pinjamannya. Perpustakaan membenarkan pengguna membuat pembaharuan pinjaman secara dalam talian sebanyak tiga (3) kali dalam rekod pinjaman masing-masing dengan syarat tiada tempahan dibuat oleh pengguna lain dan tempoh pinjaman belum mencapai tarikh tamat (due date). Kebenaran membuat pembaharuan secara dalam talian sebanyak tiga (3) kali ini berkuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 (bergantung kepada perubahan).

3. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan akan dihentikan buat sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan (18 Mac 2020 – 14 April 2020). Ini melibatkan setiap permohonan pembekalan dan penghantaran bahan daripada Perpustakaan USM mahupun daripada Universiti Awam lain. Perkhidmatan ini akan beroperasi semula pada 15 April 2020 (bergantung kepada perubahan) apabila Perintah Kawalan Pergerakan tamat pada 14 April 2020 (bergantung kepada perubahan).

Semoga kita semua dapat bersikap tenang dan patuh pada setiap arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia demi kemaslahatan negara dan rakyat. 

Sekian, terima kasih.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Siti Roudhah Mohamad Saad

Ketua

Bahagian Sirkulasi

Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

-------------------------

NOTICE FROM USM LIBRARY REGARDING BOOK RETURN, FINE AND RENEWAL OF LIBRARY MATERIAL DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (18TH MARCH TO 14TH APRIL 2020).

Assalamualaikum and greetings to all Library users.

As issued by the Malaysian Government, the entire country are now under the Movement Control Order starting 18 March 2020 until 14 April 2020.

In conjunction with that order, Universiti Sains Malaysia Library would like to inform all users of provisional library rules as follow:

1. Late return fine.

During the period of the Movement Control Order from March 18, 2020 to 14 April 2020 (subject to change), no fine for late returns will be charged.

After the end of the Movement Control Order, all users are given a period of five (5) days to return the loaned library material. Thus, should the Movement Control Order end on 14 April 2020, students may return loaned materials from 15 April 2020 – 21 April 2020. Consequently, fine will be charged/re-activated after 21 April 2020.

2. Renewal of loaned materials.

Library materials that soon to be expired can be renewed online more than once.

Library will allow students to make online renewal for three (3) times in their respective borrowing record starting from 18 March to 14 April 2020 (subject to change). However, this is subject to NO EXPIRY DATE AND NO RESERVATION /ONLINE BOOKING done by other user(s) in the system. Reservation on the book by other user(s) or book that has reached expiry date will cause your application for online renewal to be blocked.

3. Interlibrary Loans Between Libraries.

Interlibrary Loans between Libraries will be temporarily stopped during the Movement Control Order running from 18 March 2020 - 14 April 2020.

This involves every request for supply and delivery of materials from the USM Library and its branches; or from other public universities in Malaysia. The service will be resumed on 15 April 2020 (subject to the change) when the Movement Control Order expires on 14 April 2020 (subject to change).   

 Siti Roudhah Mohamad Saad 

Head

Circulation Division

Hamzah Sendut Library

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang