www.lib.usm.my       Home
 

ADVANCED MEDICAL AND DENTAL INSTITUTE LIBRARY (PERPUSTAKAAN INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU)

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) secara rasminya telah ditubuhkan pada Oktober 2002 dan Perpustakaan IPPT mula beroperasi pada September 2003.

Misi Perpustakaan IPPT adalah selaras dengan visi dan misi IPPT iaitu sebagai menyokong usaha untuk melatih dan melahirkan pakar-pakar dan saintis-saintis perubatan dan pergigian yang kompeten, holistik dan terkini dalam amalan mereka serta mampu menjana penemuan-penemuan baru di dalam ilmu perubatan dan pergigian melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan yang termaju bertunjangkan konsep tauhid untuk kesejahteraan sejagat.

Perpustakaan IPPT dengan itu berperanan untuk memenuhi keperluan pengetahuan dan ilmu kepada komunitinya dan Universiti Sains Malaysia (USM) amnya dan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berinovasi serta akses kepada maklumat secara komprehensif melalui sumber-sumbernya selaras dengan kewujudannya sebagai salah sebuah perpustakaan penyelidikan yang termaju di rantau ini.

Sehingga kini, Perpustakaan IPPT terletak di tingkat 3, Perpustakaan Hamzah Sendut 2 dan mempunyai 2 orang kakitangan serta 300 naskhah buku sebagai koleksinya.

The Advanced Medical and Dental Institute (AMDI) was officially formed in October 2002 and the AMDI Library in September 2003.  The mission of AMDI Library is in line with AMDI mission and vision which is to support the training and production of specialists and medical scientists who are competent, holistic in approach and contemporary in their practice and profession and who are capable of generating novel discoveries in medicine and dentistry through advanced research established on the spiritual values for the universal good.

Therefore, the function of the AMDI Library is to fulfill the knowledge needs of USM and the community as a whole and to provide innovative services as well as comprehensive information access through its resources in line with the Library’s aim to be  one of the most advanced research libraries in the region.

Currently, the Library is located on the 3rd floor of  Hamzah Sendut Library 2, with 300 volumes of books and 2 member of staff.