www.lib.usm.my       Home
Hamzah Sendut Library 1 & 2 | Services | Inter Library Loan

Perpustakaan memberi khidmat Pinjaman Antara Perpustakaan ( PAP ) kepada para akademik dan pelajar.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Unit Pinjaman Antara Perpustakaan. Pinjaman Secara Talian

PAP UNTUK PELAJAR

Setiap pelajar diberi kesempatan memohon sebuah buku untuk satu permintaan dari Kampus Cawanagan sama ada di Perak mahupun di Kelantan. Caranya :-

  • Pastikan bahan yang ingin dipesan. Isikan butir-butirnya ke dalam satu borang yang disediakan di Unit PAP. Serahkan borang berkenaan ke Pembantu Tadbir di Unit PAP. 

  • Permohonan akan diproses secara talian ke kampus berkenaan. 

  • Sila datang dalam tempoh 7 hari bekerja selepas serahan borang untuk mengetahui status permohonan anda. 

  • Apabila bahan diperolehi anda diberi tempoh pinjaman tidak melebihi 5 hari. Selepas itu bahan harus dikembalikan semula. 

  • Bahan yang gagal diperolehi akan diberitahu juga. 

  • Bahan yang dipinjam, tapi gagal dikembalikan harus digantikan sama ada membayar dua kali ganda harga bahan itu atau mendapatkan bahan yang serupa. 

  • Kemudahan PAP ini diberi secara percuma.

PAP UNTUK PARA AKADEMIK

Setiap ahli akademik diberi kesempatan memohon sama ada buku atau rencana yang terdapat di institusi luar Perpustakaan USM Pulau Pinang. Caranya :

    BUKU

    • Pastikan butir-butir bahan yang dipohon diisikan ke dalam borang yang disediakan di unit PAP. Serahkan borang itu kepada Pembantu Tadbir Unit PAP. 

    • Permohonan akan diproses secara talian, telefon, faks ke institusi-institusi berkenaan. 

    • Sila hubungi Unit PAP dalam tempoh 10 hari pada sambungan 3708 untuk mengetahui status permintaan anda. 

    • Anda dikehendakki datang ke unit PAP untuk mendapatkan buku. Pinjaman diberi tidak melebihi 7 hari bekerja. 

    • Jika bahan gagal diperolehi anda akan diberitahu juga. 

    • Perkidmatan PAP bagi bahan buku masih lagi percuma. 

    • Perkembangan baru akan caj perkhidmatan ini akan diberitahu dari masa kesemasa. 

    • Jika bahan itu perlu diperolehi di luar Malaysia maka bayaran akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh institusi pembekal.

    RENCANA

    • Pastikan butir-butir rencana yang dipohon diisikan dalam borang yang disediakan oleh Unit PAP. Permohonan akan diproses secara manual dan talian ke institusi berkenaan. Bagi bahan yang diminta ke British Library Document Supply permohonan dibuat terus melalui talian.

    • Pihak Unit akan menghubungi anda dalam tempoh 10 hari akan kemajuan dan status permintaan anda.

    • Perkhidmatan PAP untuk rencana dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan. Apa-apa perubahan caj akan diberitahu dari masa ke semasa.

    • Pembayaran harus dibuat sama ada dengan tunai atau melalui Borang Q yang diperolehi dari Jabatan anda.
       

Sebarang  kemusykilan sila hubungi sambungan 3708

  • MEMBUAT PERMOHONAN PAP

  • PINJAMAN BUKU

  • SALINAN FOTOSTAT ARTIKEL

  • BAYARAN

  • BORANG PAP

  • PEMBERITAHUAN KETIBAAN BAHAN

  • PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN

    MEMBUAT PERMOHONAN ( PAP )
    Jika sesebuah buku atau artikel perlu bagi penyelidikan anda tidak dimiliki oleh Perpustakaan USM anda boleh meminta pihak perpustakaan memohon di perpustakaan lain melalui perkhidmatan PAP. Anda boleh meminta borang PAP di Unit PAP semasa waktu pejabat. Anda boleh juga membuat permohonan melalui e-mail kepada ramli.as@notes.usm.my dan menjelaskan butir-butir yang diperlukan. 

    PINJAMAN BUKU
    Apabila buku dipinjamkan perpustakaan pembekal akan menetapkan tempoh pinjaman, menentukan sama ada tempoh itu boleh dilanjutkan atau sebaliknya. Biasanya tempohnya tidak melebihi 7 hari.

    SALINAN FOTOSTAT ARTIKEL
    Jarang sesebuah perpustakaan itu akan meminjamkan jurnal. Bagaimanapun hampir semua perpustakaan akan memberi salinan artikel sebagai menggantikan pinjaman jurnal berkenaan. Salinan artikel yang diberi akan menjadi hak milik si pemohon. Perpustakaan berhak menentukan sama ada buku atau salinan artikel harus dipohon. 

    BAYARAN
     

    • Perkhidmatan PAP mengenakan bayaran bagi perkhidmatan ini. Bayaran perkhidmatan ini akan berubah dari masa ke semasa. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan bagi buku yang dipinjam dari perpustakaan-perpustakaan yang saling berhubung dalam perkhidmatan PAP di Malaysia. Bagi buku yang diperolehi dari luar negara misalnya dari Singapura sebuah buku dikenakan bayaran sebanyak S$ 10 dolar. Bayaran caj bagi buku yang diperolehi dari luar negara akan ditetapkan oleh pembekal perpustakaan.
       

    • Bagi artikel yang diperolehi dari institusi tempatan seorang pemohon itu akan dikenakan bayaran minima RM 3.00 bagi halaman 1 hingga 10 muka surat, bayaran perkhidmatan RM 2.00 bagi satu judul dan bayaran pos. Bagi setiap tambahan halaman dari 11 hingga ke 20 bayaran tambahan sebanyak RM 3.00 dikenakan dan bayaran tambahan seterusnya pada kadar RM 3.00 dikenakan bagi tambahan halaman 10 muka surat selanjutnya.
       

    • Bagi artikel yang diperolehi dari luar negara seperti United Kingdom bayaranya ditetapkan oleh pihak di sana. Kadar bayaranya adalah RM 24.00 bagi satu artikel dari 1 hingga 10 muka surat. Bayaran tambahan sebanyak RM 24.00 bagi tambahan halaman dari 11 hingga 20 muka surat dan bayaran tambahan pada kadar RM 24.00 bagi halaman 10 muka surat selanjutnya. Kadar ini berubah dari masa ke semasa juga.
       

    • Anda bolehlah membuat pembayaran sama ada secara tunai, kiriman wang, deraf bank atau kiriman pos ( pembayaran dibuat atas nama Ketua Pustakawan ) atau membuat bayaran melalui Borang Q yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Pusat Pengajian anda. Bagi pembayaran tunai sila pastikan anda meminta resitnya.
       

    BORANG PAP
    Apabila mengisi borang PAP sila tulis dengan jelas akan butir-butir seperti nama pengarang, tajuk bahan, tarikh penerbitan, tempat penerbitan, keluaran isu / jilid dan halaman muka surat. Ketidaklengkap butir-butir demikian boleh menyebabkan lambatnya permohonan anda diproses.
     

    PEMBERITAHUAN KETIBAAN BAHAN
    Pertanyaan akan status permohonan anda boleh dibuat di Unit PAP atau menelefon pada sambungan 3708. Apabila bahan sudah sampai anda akan diberitahu sama ada melalui telefon, memo atau dengan e-mail. Bahan yang bakal diambil harus disertai bersama dengan pembayaran khususnya bagi bahan artikel.
     

    PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN
    Bahan yang harus dikembalikan seperti buku harus diserahkan kepada Unit PAP pada atau sebelum tarikh akhir tempoh pinjaman diberi. Permohonan untuk melanjutkan tempoh pinjaman buku boleh dibuat di Unit PAP.
     

    PERKHIDMATAN MIKROFORM
    Perpustakaan Universiti Sains Malaysia mempunyai koleksi maklumat dalam format bukan cetakan yang ditempatkan di Unit Reprografi dan Pinjaman Antara Perpustakaan. Sehingga tahun 1996 koleksi mikroform terdiri daripada:
     

  • 9700 gelendong mikrofilem dan 

  • 104, 600 keping mikrofis.

    Bahan-bahan yang dalam bentuk mikrofilem terdiri dari akhbar-akhbar utama negara dari edisi utara. Antaranya:-

  • The Star mulai dari September 1971 - Microfilm 333 

  • The New Straits Times mulai dari tahun 1970 - Microfilm 209 

  • The New Sunday Times mulai dari tahun 1970 - Microfilm 623 

  • Kwang Wah Jit Poh mulai dari tahun 1975 - Microfilm 536 

  • Nanyang Siang Pau mulai dari tahun 1975 - Microfilm 535

Di samping itu juga beberapa judul Dewan Bahasa dan Pustaka telah dimikrofilemkan. Antaranya :-

  • Dewan Masyarakat mulai dari tahun1963-1990 - Microfilm 493 

  • Dewan Sastera mulai dari tahun 1972-1990 - Microfilm 2319 

  • Dewan Bahasa mulai dari tahun 1957-1990 - Microfilm 460 

  • Dewan Budaya mulai dari tahun 1979-1990 - Microfilm 2882 

  • Dewan Siswa mulai dari tahun 1979-1990 - Microfilm 2883 

  • Pelita Bahasa mulai dari tahun 1989-1990 - Microfilm 2884

Keratan akhbar ( tajuk-tajuk khas yang dipilih sejak tahun 1972) turut dimikrofilemkan - Rujuk pada katalog untuk mendapatkan no. mikrofilemnya di Unit Reprografi. Bagi para penyelidik Perpustakaan mempunyai beberapa koleksi dokumen sejarah dan pendidikan yang bernilai. Antaranya :-

  • Colonial Office yakni dokumen-dokumen berkaiatan dengan surat-menyurat di Negeri-negeri Selat sejak tahun 1838 - Microfilm 1098 

  • Straits Settlements yakni kertas-kerja persidangan di Negeri- negeari Selat sejak tahun 1871 - Microfilm 1521 

  • Malay States, Federated yakni gazet-gazet yang dikelurakan oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1910 - Microfilm 2039 

  • ERIC documents yakni maklumat mengenai pendidikan. ED335 702 hingga ED396 927 dari tahun 1988 hingga 1995

Bahan-bahan dalam format mikrofis Terdapat banyak tesis hasil dari para pensyarah dan pelajar tahun akhir, pasca lanjutan USM, kertas-kerja, persidangan, konferensi atau seminar disimpan dalam faomat mikrofis. Anda dinasihati mengakses bahan-bahan itu melalui katalog perpustakaan.

PANDUAN MENCARI BAHAN MIKROFORM

Anda boleh ke Unit reprografi dan mengguna beberapa panduan untuk mengesan bahan -bahan mikroform yang relevan dengan keperluan anda. Antaranya :

  • Bahan-Bahan mikro di Perpustakaan. Universiti Sains Malaysia, 1984.

  • Pensejarahan Malaysia. Sumber dari majalah dan suratkhabar melayu terbitan di antara tahun 1887-1969.

  • Krisalsis iaitu katalog perpustakaan dengan mengguna entri nama pengarang atau tajuk.

Apabila bahan mikroform dikesan anda harus membuat pinjaman mengikut prosedur untuk memudahkan kami membuat cacatan rekod transaksi.

KEPADA SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN FOTOSTAT DIKENDALIKAN OLEH 
SYARIKAT SIM EAN PAPER TRADING

ADA 2 CARA UNTUK MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN INI

    DENGAN MENGGUNAKAN KAD MAGNETIK DAN LAYAN DIRI 

  • SYARIKAT INI TELAH MEMASANG 5 BUAH MESIN KAD MAGNETIK DI TINGKAT PERTAMA, SEBUAH MESIN DI TINGKAT 2 DAN SEBUAH MESIN DI TINGKAT TIGA, SEMENTARA SEBUAH MESIN DI PERPUSTAKAAN UTAMA II.
     

  • JENIS KAD MAGNETIK BOLEH DIBELI DARI PEKERJA PERKHIDMATAN FOTOSTAT. DENGAN HARGA (I) SEKEPING RM 13.00 (UNTUK 200 HELAI) WARNA MERAH DAN (II) RM 8.00 (UNTUK 100 HELAI) WARNA HIJAU. APABILA HABIS KAD MAGNETIK DIGUNAKAN DAPATKAN REBET RM 3.00 SEMASA MENGEMBALIKAN KAD ITU KEPADA MANA-MANA PEKERJA SYARIKAT.
     

  • APABILA MUTU FOTOSTAT YANG ANDA BUAT TIDAK MEMUASKAN ANDA BOLEH MEMINTA SALINAN GANTI YANG LEBIH BAIK DENGAN MENUNJUKKAN FOTOSTAT YANG ROSAK ITU KEPADA PEKERJA PERKHIDMATAN BERKENAAN.

    SECARA MANUAL

     

  • SYARIKAT MENGGENDALI 3 BUAH MESIN MANUAL DI TINGKAT PERTAMA PERPUSTAKAAN UTAMA I DAN SEBUAH MESIN DI PERPUSTAKAAN II.
     

  • ANDA DIMINTA BERATUR MENGIKUT PRINSIP SIAPA DULU DIDAHULUKAN. ANDA DIMINTA MEMFOTOSTAT TIDAK MELEBIHI 20 HALAMAN DALAM SATU TRANSAKSI UNTUK MEMASTIKAN PERKHIDMATAN BERJALAN LANCAR DAN SEMUA MENDAPAT PELUANG YANG SAKSAMA DALAM TEMPOH YANG MENASABAH.
     

  • BAGI KAKITANGAN AKADEMIK ANDA BOLEH MENDAPAT LAYANAN SEGERA DENGAN MENUNJUKKAN KAD KEAHLIAN ANDA KEPADA KAKITANGAN SYARIKAT BERTUGAS.
     

  • ANDA JUGA BOLEH MEMINTA GANTI SALINAN YANG ROSAK, DIPERLUKAN MENUNJUKKAN SALINAN ROSAK ITU KEPADA PEKERJA BERKENAAN BAGI MENDAPATKAN SALINAN YANG BAIK.
     

  • CAJ PERKHIDMATAN UNTUK SEHELAI IALAH 5 SEN. 

UNDANG-UNDANG HAK CIPTA

ANDA DIINGATKAN BAHAWA ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SALINAN DARI SEMUA BAHAN MELEBIHI 10 HELAI DARI HASIL KARYA PENULIS MALAYSIA