| |
Risalah
Buku Program
Sajak
Pautan Lain
ARTIKEL
PENDIDIKAN
(Ministry
of Education)
Cikgu dot Net Website
Malaysian SchoolNet
Portal Pendidikan Utusan
StudyMalaysia.com: Malaysian Education Guide Online
|
ALLAHYARHAM TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR (1921 - 2005)
NAIB CANSELOR KEDUA USM (1976 - 1982)
******* MAJLIS PENYERAHAN KOLEKSI NAIB CANSELOR *******
TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
Tarikh : 20 Disember 2006
(RABU)
Waktu : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Balai Pesiban Agung
Pusat Pengajian Seni
Universiti Sains Malaysia
Tema : Pendidik Bangsa, Pemimpin Berjasa
Majlis ini adalah untuk menghargai sumbangan koleksi milik Allahyarham Tun
Hamdan Sheikh Tahir oleh keluarga beliau kepada Perpustakaan. Penyerahan koleksi
akan disempurnakan oleh isteri beliau iaitu Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datoâ
Seri Utama Hajjah Siti Zainab binti Haji Baharuddin.
Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir merupakan tokoh terbilang dalam pelbagai
bidang, dan yang paling diingati tentunya sumbangan besar beliau dalam
pendidikan. Beliau bukan sahaja dikenang sebagai bekas Yang di-Pertuan Negeri
Pulau Pinang dan Naib Canselor Kedua USM, tetapi juga dikenali umum di peringkat
nasional dan antarabangsa sebagai tokoh ilmuan dan pendidik.
Koleksi peribadi Allahyarham yang berjumlah lebih kurang 8,000 naskhah adalah
himpunan, pembelian dan simpanan beliau yang dimulakan semenjak dari bangku
sekolah lagi. Koleksi tersebut mempunyai nilai yang amat berharga untuk tujuan
pembelajaran dan penyelidikan. Melalui koleksi ini juga warga USM akan dapat
menggarap idea dan ilmu yang terdapat di dalamnya hasil pengumpulan oleh seorang
pentadbir utama Universiti dan juga Negeri Pulau Pinang. Koleksi Allahyarham
akan ditempatkan di Bahagian Malaysiana dan Arkib, Perpustakaan Hamzah Sendut 2
di bawah Koleksi Khas/Persendirian.
Dua pameran diadakan bersempena Majlis ini iaitu:
(1) PAMERAN KOLEKSI NAIB CANSELOR TUN
HAMDAN SHEIKH TAHIR
(anjuran Perpustakaan)
Tarikh: 20 Dis. 2006 bertempat di Balai Pesiban Agung, Pusat Pengajian Seni dan
Tarikh: 21
- 31 Dis. 2006 bertempat di Ruang Pameran, Aras 1, PHS 2
(2) PAMERAN KOLEKSI CENDERAHATI TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
(anjuran Muzium dan Galeri)
Tarikh: 20 Dis. 2006
- 20 Jan. 2006 bertempat di Galeri Adiwarna, Pusat
Pengajian Seni |