BUKU
-
Pastikan butir-butir
bahan yang dipohon diisikan ke dalam borang yang disediakan di unit PAP.
Serahkan borang itu kepada Pembantu Tadbir Unit PAP.
-
Permohonan akan diproses
secara talian, telefon, faks ke institusi-institusi berkenaan.
-
Sila hubungi Unit PAP
dalam tempoh 10 hari pada sambungan 3708 untuk mengetahui status
permintaan anda.
-
Anda dikehendakki datang
ke unit PAP untuk mendapatkan buku. Pinjaman diberi tidak melebihi 7 hari
bekerja.
-
Jika bahan gagal
diperolehi anda akan diberitahu juga.
-
Perkidmatan PAP bagi
bahan buku masih lagi percuma.
-
Perkembangan baru akan
caj perkhidmatan ini akan diberitahu dari masa kesemasa.
-
Jika bahan itu perlu
diperolehi di luar Malaysia maka bayaran akan dikenakan mengikut kadar
yang telah ditetapkan oleh institusi pembekal.
RENCANA
-
Pastikan butir-butir
rencana yang dipohon diisikan dalam borang yang disediakan oleh Unit PAP.
Permohonan akan diproses secara manual dan talian ke institusi berkenaan.
Bagi bahan yang diminta ke British Library Document Supply permohonan
dibuat terus melalui talian.
-
Pihak Unit akan
menghubungi anda dalam tempoh 10 hari akan kemajuan dan status permintaan
anda.
-
Perkhidmatan PAP untuk
rencana dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan. Apa-apa perubahan caj
akan diberitahu dari masa ke semasa.
-
Pembayaran harus dibuat
sama ada dengan tunai atau melalui Borang Q yang diperolehi dari Jabatan
anda.
Sekira ada apa-apa kemusykilan sila hubungi
Radia Banu Jan Mohamad
di
sambungan 3710 @ 3018
-
MEMBUAT PERMOHONAN PAP
-
PINJAMAN BUKU
-
SALINAN FOTOSTAT ARTIKEL
-
BAYARAN
-
BORANG PAP
-
PEMBERITAHUAN KETIBAAN BAHAN
-
PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN
-
MEMBUAT PERMOHONAN ( PAP )
-
Jika sesebuah buku atau
artikel perlu bagi penyelidikan anda tidak dimiliki oleh Perpustakaan USM
anda boleh meminta pihak perpustakaan memohon di perpustakaan lain melalui
perkhidmatan PAP. Anda boleh meminta borang PAP di Unit PAP semasa waktu
pejabat. Anda boleh juga membuat permohonan melalui e-mail kepada
interlib@notes.usm.my dan
menjelaskan butir-butir yang diperlukan.
PINJAMAN BUKU
-
Apabila buku dipinjamkan
perpustakaan pembekal akan menetapkan tempoh pinjaman, menentukan sama ada
tempoh itu boleh dilanjutkan atau sebaliknya. Biasanya tempohnya tidak
melebihi 7 hari.
SALINAN FOTOSTAT ARTIKEL
-
Jarang sesebuah
perpustakaan itu akan meminjamkan jurnal. Bagaimanapun hampir semua
perpustakaan akan memberi salinan artikel sebagai menggantikan pinjaman
jurnal berkenaan. Salinan artikel yang diberi akan menjadi hak milik si
pemohon. Perpustakaan berhak menentukan sama ada buku atau salinan artikel
harus dipohon.
BAYARAN
-
Perkhidmatan PAP
mengenakan bayaran bagi perkhidmatan ini. Bayaran perkhidmatan ini akan
berubah dari masa ke semasa. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan bagi
buku yang dipinjam dari perpustakaan-perpustakaan yang saling berhubung
dalam perkhidmatan PAP di Malaysia. Bagi buku yang diperolehi dari luar
negara misalnya dari Singapura sebuah buku dikenakan bayaran sebanyak S$
10 dolar. Bayaran caj bagi buku yang diperolehi dari luar negara akan
ditetapkan oleh pembekal perpustakaan.
-
Bagi artikel yang
diperolehi dari institusi tempatan seorang pemohon itu akan dikenakan
bayaran minima RM 3.00 bagi halaman 1 hingga 10 muka surat, bayaran
perkhidmatan RM 2.00 bagi satu judul dan bayaran pos. Bagi setiap tambahan
halaman dari 11 hingga ke 20 bayaran tambahan sebanyak RM 3.00 dikenakan
dan bayaran tambahan seterusnya pada kadar RM 3.00 dikenakan bagi tambahan
halaman 10 muka surat selanjutnya.
-
Bagi artikel yang
diperolehi dari luar negara seperti United Kingdom bayaranya ditetapkan
oleh pihak di sana. Kadar bayaranya adalah RM 24.00 bagi satu artikel dari
1 hingga 10 muka surat. Bayaran tambahan sebanyak RM 24.00 bagi tambahan
halaman dari 11 hingga 20 muka surat dan bayaran tambahan pada kadar RM
24.00 bagi halaman 10 muka surat selanjutnya. Kadar ini berubah dari masa
ke semasa juga.
-
Anda bolehlah membuat
pembayaran sama ada secara tunai, kiriman wang, deraf bank atau kiriman
pos ( pembayaran dibuat atas nama Ketua Pustakawan ) atau membuat bayaran
melalui Borang Q yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Pusat Pengajian anda.
Bagi pembayaran tunai sila pastikan anda meminta resitnya.
BORANG PAP
-
Apabila mengisi borang
PAP sila tulis dengan jelas akan butir-butir seperti nama pengarang, tajuk
bahan, tarikh penerbitan, tempat penerbitan, keluaran isu / jilid dan
halaman muka surat. Ketidaklengkap butir-butir demikian boleh menyebabkan
lambatnya permohonan anda diproses.
PEMBERITAHUAN KETIBAAN BAHAN
-
Pertanyaan akan status
permohonan anda boleh dibuat di Unit PAP atau menelefon pada sambungan
3708. Apabila bahan sudah sampai anda akan diberitahu sama ada melalui
telefon, memo atau dengan e-mail. Bahan yang bakal diambil harus disertai
bersama dengan pembayaran khususnya bagi bahan artikel.
PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN
-
Bahan yang harus
dikembalikan seperti buku harus diserahkan kepada Unit PAP pada atau
sebelum tarikh akhir tempoh pinjaman diberi. Permohonan untuk melanjutkan
tempoh pinjaman buku boleh dibuat di Unit PAP.