Apabila mendapat tajuk
tugasan, anda perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan dan maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi.
Lima langkah PENTING
yang perlu dilakukan iaitu:

LANGKAH DEMI LANGKAH
1. KENALPASTI
MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI
1.
Mulakan
tugasan dengan memahami tajuk tugasan yang anda perolehi.
2.
Tentukan skop pencarian dengan mengenalpasti tempoh masa
dan kawasan geografi seperti yang dikehendaki.
3.
Kenalpasti konsep dan definisi yang terdapat dalam tajuk
tugasan serta istilah-istilah yang berkaitan dengan tajuk tugasan anda.
Anda perlu merujuk kepada kamus,
thesaurus, glosari, ensiklopedia, buku panduan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan definisi dan istilah-istilah yang berkaitan.
2. KENALPASTI
BENTUK MAKLUMAT YANG AKAN DIGUNAKAN
Anda perlu mengenalpasti jenis
bahan maklumat yang akan digunakan dan juga tahap
maklumat yang diperlukan. Ini adalah untuk memastikan
anda menggunakan bahan maklumat tersebut secara berkesan.
|
Fakta ringkas |
- Kamus - Ensaiklopedia |
|
Maklumat biografi |
- Ensaiklopedia - Biografi - Autobiografi |
|
Maklumat semasa |
- Artikel
Jurnal/ majalah - Keratan
Akhbar - Akhbar - Internet |
|
Maklumat mendalam
berkenaan sesuatu subjek |
- Buku dan
artikel jurnal - Buku
lebih komprehensif tetapi selalunya maklumat di dalamnya agak
lama - Artikel jurnal memberikan maklumat yang lebih mendalam dalam subjek yang tertentu - Laman web
juga memberikan maklumat yang lebih terperinci tetapi perlu dibuat penilaian laman web tersebut terlebih dahulu. |
|
Maklumat khusus |
- Kertas persidangan - Tesis - Standards - Laporan tahunan - Statistik |
3. KENALPASTI
CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT
Maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda perlu mengenalpasti
sumber maklumat tersebut dan cara untuk mendapatkannya:
a)
Buku dan jurnal
* Gunakan katalog Perpustakaan USM:
KRISALIS
*
Sekiranya bahan tiada di Perpustakaan
USM, gunakan katalog Perpustakaan universiti yang lain
dan dapatkan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
b)
Artikel
jurnal atau majalah
* Pangkalan
data seperti EbscoHost, ProQuest, ScienceDirect dll.
* Indeks dalam bentuk bercetak
atau elektronik
c)
Keratan
akhbar
* Indeks
Keratan akhbar
* Koleksi
Digital ( dalam laman web Perpustakaan USM )
* Utusan Online (Archieve)
d)
Internet
* Menggunakan enjin
pencarian seperti Google,
Yahoo dan lain-lain
* Direktori / Perpustakaan Maya (Virtual Library)
4.
MEMBUAT PENILAIAN KE ATAS MAKLUMAT YANG TELAH DIPEROLEHI
Ketika mendapatkan
maklumat, anda perlu membuat penilaian
ke atas bahan-bahan
maklumat yang diperolehi. Penilaian adalah perlu untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah menepati tajuk tugasan.
Antara kriteria yang perlu
diambil kira ketika membuat penilaian ialah:
a)
Ketepatan
maklumat
b)
Kesesuaian
maklumat
c)
Penulis
diketahui atau pakar dalam bidang
tersebut
d)
Jangkamasa
maklumat
e)
Liputan
maklumat
Bagi tugasan pada peringkat
universiti, maklumat yang diperlukan adalah bersifat ilmiah/akademik.
Jika sekiranya anda
tidak berpuashati dengan maklumat yang diperolehi, ubahsuai pencarian maklumat di mana perlu.
5. MENYENARAIKAN BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN
Apabila memulakan
tugasan, adalah amat penting menyenaraikan bahan-bahan maklumat yang digunakan secara bersistematik.
Ini adalah untuk memudahkan
anda mendapatkan kembali bahan tersebut
sekiranya perlu kepada penambahan atau memperbetulkan maklumat yang tertentu.
Terdapat pelbagai format/
bentuk penulisan rujukan/ bibliografi yang boleh digunakan seperti sistem APA Styles (American Psychological
Association), MLA Styles (Modern Language Association), Harvard System dan
lain-lain lagi. Sekiranya tidak pasti, rujuk kepada penyelia/
pensyarah mengenai format
yang perlu digunakan dalam tugasan anda.
6. SEMOGA BERJAYA DALAM
TUGASAN ANDA !
Disediakan oleh:
Rizalawati Ayu Abdul Razak
Unit Pendidikan Pengguna dan Literasi
Maklumat
Bahagian Rujukan dan Maklumat
29 hb. Mei 2008