PANGKALAN DATA PROQUEST

 

 

APAKAH PROQUEST?

 

ProQuest merupakan salah satu daripada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan USM. ProQuest memberikan artikel penuh/”fulltext dan abstrak dari jurnal, majalah dan suratkhabar serta tesis.

 

TOPIK DI DALAM PROQUEST

 

Topik yang diliputi oleh pangkalan data ini adalah dalam pelbagai bidang, antaranya pengurusan dan perniagaan, perakaunan, sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan,  pendidikan, bahasa dan linguistik, komunikasi, kesihatan dan perubatan, keagamaan, telekomunikasi, seni dan sastera dan lain-lain.

 

 

BAGAIMANA MENGAKSES PROQUEST?

 

a) Di dalam Kampus USM

ProQuest boleh diakses melalui laman web Perpustakaan USM iaitu www.lib.usm.my. Seterusnya pilih “e-Resources”. Klik pada “Databases”. Pangkalan data ProQuest disenaraikan di dalam “Databases” tersebut.

 

b) Di luar Kampus USM

Bagi pelajar berdaftar USM yang ingin mengakses ProQuest dari luar kampus USM, anda perlu klik pada “Outside USMNet User” selepas klik “Databases”. Seterusnya klik pada http://ezproxy.usm.my . Sistem akan meminta “Patron Id” danPassword”. “Patron Id” adalah nombor matrik anda dan “Password” adalah nombor kad pengenalan baru anda. Selepas anda memasukkan “Patron Id” dan “Password”, barulah anda dapat mengakses pangkalan data ProQuest seperti di dalam kampus USM.

 

 

TAJUK-TAJUK PANGKALAN DATA

 

Di dalam ProQuest, terdapat beberapa pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan USM seperti:

 

     1.   Dissertations & Theses: Full Text

     2.  ERIC®

     3.  Hoover's Company Records

     4. ProQuest Central

     5. ProQuest Newspapers

 

 

 

LANGKAH DEMI LANGKAH MENGGUNAKAN PROQUEST

 

1)                  Masuk ke laman web Perpustakaan USM

        www.lib.usm.my

 

2)                Lihat pada “e-Resources dan klik pada Databases 

 

3)                Pilih “ProQuest” dan klik pangkalan data tersebut.

 

4)                Jika mengakses dari luar kampus USM, klik pada “Outside USMNet User”. Ikuti langkah yang telah disebut di atas.

 

5)                Anda perlu “Clear all databases” terlebih dahulu dan seterusnya memilih satu/lebih pangkalan data yang berkaitan dengan subjek yang dikehendaki  dalam ProQuest dengan klik pada kotak di sebelah kiri. Seterusnya klik “Continue”.

 

 

6)                Di dalam ProQuest terdapat 4 bentuk pencarian iaitu “Basic”, “Advanced”, “Topics”  dan “Publications” :

    

a) Basic

Pencarian menggunakan katakunci/perkataan penting

 

b) Advanced

Pencarian menggabungkan dua atau lebih katakunci/perkataan penting dengan menggunakan logic Boolean (And, Or, Not). Sila rujuk kepada Strategi Pencarian Maklumat

 

c) Topics

Pencarian untuk topik/subjek yang terdapat dalam ProQuest

 

d) Publications

Pencarian untuk jurnal/majalah yang terdapat dalam ProQuest

 

 

   

7)                Jika ingin mendapatkan teks penuh sahaja, klik pada pada kotak “Limit results to: Full text documents only”.

 

8)                Seterusnya klik “Search” untuk mendapatkan senarai yang berkaitan dengan katakunci yang telah dimasukkan.

 

9)                Satu senarai yang berkaitan dengan katakunci/perkataan penting yang telah diminta akan dipaparkan.

 

10)              Artikel penuh biasanya disediakan dalam dua bentuk format iaitu 

i)                   Format html : “Text + graphics”

ii)                Format pdf  :  Page Image – PDF”

atau salah satu daripada format tersebut.

Klik pada salah satu format untuk membaca artikel penuh.

 

11)              Jika hanya terdapat perkataan “Abstract” sahaja pada senarai tersebut, bermakna ia hanya memberikan ringkasan artikel sahaja dan tidak mempunyai artikel penuh.

 

12)              Artikel yang telah diperolehi boleh disimpan di dalam disket/”thumbdrive”, dicetak atau dihantar kepada alamat e-mel yang berkenaan.

i)                   Klik pada “Print” untuk mencetak artikel

ii)                Klik pada “Email” untuk menghantar artikel kepada alamat e-mel berkenaan

iii)              Untuk menyimpan artikel di dalam disket, klik “File” pada browser dan klik “Save As”.

 

13. Klik pada “Back to Results untuk melihat kembali tajuk-tajuk yang telah disenaraikan.

 

14. Untuk membuat pencarian semula atau mengubahsuai pencarian, klik pada “Basic” atau “Advanced” dan seterusnya memasukkan katakunci yang baru.

 

15. Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam pencarian anda.

 

 

Disediakan oleh:

Rizalawati Ayu Abdul Razak

Ketua, Unit Pendidikan Pengguna dan Literasi Maklumat

Bahagian Rujukan dan Penyelidikan

23 November 2008