PANGKALAN DATA EBSCOHOST

   

APAKAH EBSCOHOST?

 

Ebscohost merupakan salah satu daripada servis pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan USM. Ebscohost menawarkan artikel penuh/fulltext  dan abstrak dari pelbagai sumber maklumat seperti jurnal, majalah dan suratkhabar.

 

TOPIK DI DALAM EBSCOHOST

 

Topik yang diliputi pangkalan data ini adalah dalam pelbagai bidang, antaranya pengurusan dan perniagaan, sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan, ekonomi, komunikasi, pendidikan, bahasa dan linguistik, sains komputer, seni dan sastera, kejuruteraan, fizik, kimia dan lain-lain.

 

 

BAGAIMANA MENGAKSES EBSCOHOST?

 

a) Di dalam Kampus USM

Ebscohost boleh diakses melalui laman web Perpustakaan USM iaitu www.lib.usm.my. Seterusnya pilih “e-Resources”. Klik pada “Databases”. Pangkalan data Ebscohost disenaraikan di dalam “Databases” tersebut.

 

b) Di luar Kampus USM

Bagi pelajar berdaftar USM yang ingin mengakses Ebscohost dari luar kampus USM, anda perlu klik pada “Outside USMNet User” selepas klik “Databases”. Seterusnya klik pada http://ezproxy.usm.my . Sistem akan meminta “Patron Id” dan “Password”. “Patron Id” adalah nombor matrik anda dan “Password” adalah nombor kad pengenalan baru anda. Selepas anda memasukkan “Patron Id” dan “Password”, barulah anda dapat mengakses pangkalan data Ebscohost seperti di dalam kampus USM.

 


TAJUK-TAJUK PANGKALAN DATA DI DALAM EBSCOHOST

 

 Di dalam servis Ebscohost, terdapat beberapa pakej pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan USM. Antaranya:

  

 

 

 

Di dalam   Academic, Business, Education, Psychology et…” pula terdapat pangkalan data seperti berikut:

 

1)      Academic Source Premier

2)     Business Source Complete

3)     Regional Business News  

4)     CINAHL with Full Text   

5)     Communication & Mass Media Complete  

6)     Education Research Complete  

7)     ERIC

8)     Health Business Full text Elite

9)  International Bibliography of Theatre & Dance with Full Text

10)    MAS Ultra - School Edition

11)    MEDLINE with Full Text

12)    PsycARTICLES

13)    Psychology and Behavioral Sciences Collection

14)    PsycINFO

15)    SocINDEX with Full Text

16)    SPORTDiscus

 

       Baca maklumat mengenai pangkalan data yang disenaraikan dan pilih beberapa pangkalan data yang berkaitan dengan subjek anda supaya  

           pencarian adalah lebih tepat.

 


LANGKAH DEMI LANGKAH MENGGUNAKAN EBSCOHOST

 

1)                  Masuk ke laman web Perpustakaan USM:

               www.lib.usm.my

 

2)                Lihat pada “ e-Resources dan klik padaDatabases

 

3)                Pilih  “Ebscohost” dan klik pangkalan data tersebut.

 

4)                Jika mengakses dari luar kampus USM, klik pada “Outside USMNet User”. Ikuti langkah yang telah diterangkan di atas (Bagaimana mengakses EbschoHost?)

 

5)                Anda perlu memilih satu/ lebih pangkalan data yang terdapat dalam Ebscohost dengan klik pada kotak bersebelahannya. Seterusnya klik “Continue”

 

6)                Bersebelahan logo EbscoHost, masukkan katakunci/perkataan penting/topik yang dicari. Kebiasaannya pencarian menggunakan logik Boolean (And, Or, Not). Rujuk kepada Strategi Pencarian Maklumat.

 

7)                Jika ingin mendapatkan teks penuh sahaja, klik pada kotak “Full text yang diletakkan di bawah “Limit your results”.

 

8)                Seterusnya klik “Search” untuk mendapatkan senarai yang berkaitan.

 

9)                Satu senarai tajuk berkaitan dengan  katakunci yang dicari akan dipaparkan.

 

10)             Artikel penuh biasanya disediakan dalam dua bentuk iaitu format “html fulltext atau pdf  fulltext atau kedua-duanya sekali. Klik pada format yang dikehendaki untuk membaca artikel penuh.

 

11)              Jika tidak ditunjukkan format “html fulltext atau pdf  fulltext”, bermakna senarai tersebut hanya mempunyai abstrak sahaja.

 

12)             Artikel penuh yang telah diperolehi boleh di simpan di dalam disket/”thumbdrive”, dicetak atau  dihantar kepada alamat e-mel  yang berkenaan.

i)     Klik pada ikon“Print” untuk mencetak artikel tersebut

ii)    Klik pada ikon“Save” untuk menyimpan di dalam disket/”thumbdrive

iii)   Klik pada “E-mail” untuk menghantar artikel kepada alamat e-mel yang berkenaan.

 

13)             Anda perlu klik kepada “Result List” untuk melihat semula senarai tajuk yang telah disenaraikan atau pun klik pada “Refine Search” untuk membuat semula pencarian dengan menggunakan katakunci yang berbeza.

 

14)             Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam pencarian anda!

 

 

 

Disediakan oleh :

Rizalawati Ayu Abdul Razak

Unit Pendidikan Pengguna dan Literasi Maklumat

Bahagian Rujukan dan Penyelidikan

23 hb. November 2008